1. Pasar Kraftangan Kota Kinabalu
Pasar Kraftangan Kota Kinabalu (dahulunya dikenali sebagai Pasar Filipina) merupakan antara tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong samada dari Semenanjung Malaysia atau pelancong antarabangsa. Pasar kraftangan ini terletak di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen, iaitu di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu yang dikelilingi oleh pasar-pasar lain seperti Pasar Besar Kota Kinabalu, Pasar Ikan Masin, Pasar Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan dan juga Pasar Malam Sinsuran (pada waktu petang dan malam sahaja). Terdapat pelbagai hasil kraftangan tempatan yang dijual di pasar ini. Selain itu, barangan seperti mutiara, perhiasan wanita dan juga baju seperti 'I Love Sabah' juga boleh didapati di pasar ini.
2. Pasar Malam Sinsuran
Pasar Malam Sinsuran merupakan pasar di bawah seliaan Persatuan Penjaja Bumiputera Pantai Barat Sabah. Pasar malam ini dibuka bermula jam 5:00 pm sehingga lah jam 11:00 pm. Ianya terletak di tengah-tengah bandar iaitu Sinsuran dan dikelilingi oleh bangunan-bangunan seperti Pasar Kraftangan Kota Kinabalu (dahulunya dikenali sebagai Pasar Filipina), Pasar Ikan Masin, Hotel Le Meridien, Bank Negara Malaysia Sabah dan juga Masjid Bandar Kota Kinabalu. Pasar ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian A terletak di bahagian kanan bangunan Hotel Le Meridien.
Bahagian ini menjual pelbagai barangan seperti hasil kraftangan tempatan, mutiara dan perhiasan wanita, beg dan pakaian, jam dan kasut, dan juga pakaian terpakai (atau bundle). Bahagian A selalunya dikunjungi pelancong dalam dan luar negara untuk membeli barangan kraftangan tempatan dan mutiara. Di bahagian B (terletak di belakang Pasar Kraftangan Kota Kinabalu atau di depan bangunan Hotel Le Meridien), peniaga menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Bahagian kedua juga menjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Beberapa tarikan utama bahagian B ialah seafood, kuih tempatan (seperti kuih cincin dan amplang), dan juga gerai buah kelapa.
3. Pasar Ikan Masin
Pasar Ikan Masin merupakan destinasi nombor satu untuk pengunjung-pengunjung dari Semenanjung Malaysia (iye ke? heh) apabila melawat Bandaraya Kota Kinabalu. Pasar ini menjual pelbagai jenis ikan masin yang dijual pada harga berpatutan. Bagi pengunjung yang ingin membawa balik ikan masin ke kampung mereka dan perlu menaiki kapal terbang, jangan risau. Peniaga-peniaga disini bersedia untuk membungkus (di dalam kotak) dengan rapi yang diluluskan oleh syarikat-syarikat penerbangan agar boleh dibawa naik ke atas kapal terbang.
4. Menara Jam Atkinson
Menara Jam Atkinson ditubuhkan pada 20 April 1905 dan merupakan salah satu struktur Pra-Perang Dunia Ke-2 yang masih wujud sehingga kini di Bandaraya KK serta satu daripada tiga bangunan yang terselamat semasa Perang Dunia Ke-2. Dahulunya dikenali sebagai Menara Jam Peringatan Atkinson, menara jam ini telah ditubuhkan bagi memperingati mendiang Francis George Atkinson yang merupakan pegawai daerah pertama Jesselton. Francis George telah meninggal dunia akibat penyakit Malaria atau lebih dikenali sebagai "Demam Borneo" pada masa itu. Bangunan ini telah diperkenalkan oleh ibunya, Puan Mary Edith Atkinson sebagai satu penghormatan mengingati anaknya.
5. Menara Pemerhati Bukit Bendera
Menara pemerhati ini terletak di atas Bukit Bendera dan selalu dikunjungi penduduk tempatan dan pelancong asing. Tempat ini merupakan tempat paling sesuai untuk melihat permadangan seluruh Bandaraya Kota Kinabalu. Tempat ini juga mempunyai permandangan matahari terbenam yang cantik yang selalu menjadi pilihan pelancong asing apabila mereka ingin melihat permandangn matahari terbenam. Tempat ini berhampiran dengan Menara Jam Atkinson. Selalunya apabila pelancong melawat menara jam tersebut, mereka akan singgah di menara pemerhati ini.
6. Anjung Senja
Pisang Cheese! Asal sebut Anjung Senja memang Pisang Cheese lah yang memenuhi otak Milan. Anjung Senja sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dengan pisang cheese. Anjung Senja adalah deretan gerai-gerai peniaga bumiputera yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Setiap gerai mempunyai resipi dan menu tersendiri. Tempat ini juga terkenal sebagai tempat yang mempunyai permadangan matahari terbenam yang tercantik di Bandaraya Kota Kinabalu. Kawasan ini juga selalunya menjadi tempat melepak street dancer dan skateboarder. Hotel-hotel dan penginapan juga terletak berhampiran dengan tempat ini. Sebab itu lah pada waktu petang tempat ini akan dipenuhi dengan local people dan pelancong asing.
7. Pasar Tamu Jalan Gaya
Pasar tamu ini antara suasana paling meriah yang boleh dilihat di Kota Kinabalu. Dibuka hanya pada hari ahad diantara jam 5:00am sehingga 1:00pm, pasar tamu ini sangat terkenal dan selalunya menjadi pilihan utama pelancong antarabangsa untuk dikunjungi apabila melawat Bandaraya Kota Kinabalu. Terdapat pelbagai hasil kraftangan buatan tempatan, makanan, minuman, keperluan rumah (seperti sayur-sayuran), buah-buahan (termasuk buah-buahan istimewa Sabah seperti Durian Merah dan Tarap), haiwan peliharaan (seperti kucing, ayam, itik, hamster dan anjing) dan macam-macam lagi. Kebanyakan peniaga juga merupakan penduduk Bumiputera dan berbangsa Cina. Terdapat juga perkhidmatan kesihatan seperti mengukur tekanan darah, mengetahui jenis darah dan mengukur kandungan gula dalam darah. Bukan itu sahaja, terdapat pekhidmatan urut kaki dan persembahan menyanyi daripada persatuan orang kelainan upaya (OKU) untuk memeriahkan lagi suasana. Kadang-kala, terdapat pameran dan konsert yang diadakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di halaman bangunan DBKK yang mana bersebelahan dengan pasar tamu ini.
8. Jesselton Point Waterfront
Jesselton Point Waterfront yang dahulunya dikenali sebagai Terminal Feri Kota Kinabalu merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong sejak dikendalikan oleh syarikat swasta. Jeti ini merupakan satu-satunya terminal feri untuk laluan Labuan - Kota Kinabalu dan juga merupakan terminal bot yang termurah untuk ke mana-mana pulau di dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Terdapat lima pulau di dalam taman marin ini iaitu Pulau Manukan, Pulau Gaya, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Terdapat beberapa perkhidmatan yang terdapat di tempat ini seperti restoran, kedai kraftangan dan 4 padang futsal. Aktiviti memancing juga boleh dilakukan dan dibenarkan di antara jam 6:00pm sehingga 6:00am dengan bayaran masuk sebanyak RM10. Bagi yang berminat untuk membuat special event seperti party, konsert atau perkahwinan, tempat ini sentiasa terbuka tetapi perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Jesselton Point Waterfront juga antara tempat yang sesuai untuk melihat permadangan matahari terbenam di Bandaraya Kota Kinabalu.
9. Segama Waterfront
Milan sebenarnya tak tahu nama tempat ni. Selalu juga pergi. Setiap kali habis event di pulau (Pulau Manukan dan Pulau Memutik), confirm datang melawat tempat ni. Tanya kawan pun semua tak tahu nama tempat ni. Last last jumpa di Google, nama nya adalah Segama Waterfront pula. Apa yang ada di Segama Waterfront ni? Sejak pelaksaan program oleh DBKK untuk meng-indahkan pesisir pantai Bandaraya Kota Kinabalu, tempat ni dah jadi tempat yang sangat cantik. Permandangan laut, matahari terbenam dan Pulau Gaya dari Segama Waterfront memang awesome. Pada waktu petang, tempat ini akan mula dipenuhi oleh pelancong dan juga penduduk tempatan. Selain itu, terdapat gerai-gerai makanan yang menyediakan seafood. Waterfront ini dihiasi dengan statue Marlin Fish yang famous sebagai lambang Bandaraya Kota Kinabalu.
10. The Old Welfare Building

Comments
Post a Comment