Desa Cattle Dairy Farm merupakan sebuah ladang ternakan lembu dan kambing dan juga kilang pemprosesan susu lembu yang terletak di Mesilau, kira-kira 8km dari pekan Kundasang. Kilang atau ladang ternakan ini yang terletak di kaki gunung Kinabalu sering digelar sebagai 'New Zealand in Sabah' oleh penduduk tempatan kerana permandangannya dan keadaan suhunya yang seakan-akan berada di New Zealand. Purata suhu di sini selalunya di sekitar 20 darjah celcius.
Ladang ini juga dikenali sebagai Projek Tenusu Desa yang mana diusahakan oleh Desa Cattle (S) Sdn Bhd. Dibuka pada tahun 1980-an, ladang ini berkeluasan 199 hektar dan terletak 2100 meter atas paras laut. Lembu tenusu yang diternak termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia. Lembu jenis Fresian mampu menghasilkan susu segar berkualiti dengan purata 14 liter setiap lembu, menjadikan baka jenis ini terkenal di seluruh dunia sebagai lembu yang mampu menghasilkan susu segar setiap hari.
Syarikat Pengurusan
Desa Plus Sdn Bhd
Alamat Pejabat:
Tingkat 3, West Wing, Wisma 2020,
18, Lorong Belia Karamunsing,
88891 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Pengurus Ladang,
Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd,
P.O. Box 71, 89308 Kundasang,
Ranau, Sabah.
No. Telefon: 088-889562
No. Faks : 088-889562
Aktiviti Yang Boleh Dilakukan
Pengurus Ladang,
Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd,
P.O. Box 71, 89308 Kundasang,
Ranau, Sabah.
No. Telefon: 088-889562
No. Faks : 088-889562
Aktiviti Yang Boleh Dilakukan
- Bergambar dengan lembu yang sedang meragut rumput di padang rumput dan di batu-batu granite yang besar berserta permandangan yang seakan-akan berada di New Zealand.
- Memberi makan rumput dan susu kepada anak lembu dan anak kambing dengan harga rendah iaitu RM1 untuk seikat rumput dan RM1.50 untuk sebotol susu.
- Melihat aktiviti pemprosesan susu lembu yang telah diperah dengan menggunakan mesin teknologi tinggi.
- Melihat proses pemerahan susu lembu dengan menggunakan teknologi yang ada.
- Membeli barangan kraftangan dan keychain, serta gelas dan baju yang bertemakan Desa Cattle Dairy Farm Kundasang di Gift Shop yang dibuka.
- Membeli pelbagai snacks, produk makanan berasaskan susu lembu (waffle, aiskrim) dan susu segar berperisa asli atau coklat.
Di atas merupakan lokasi Desa Cattle Dairy Farm dengan perjalanan mengambil masa 18 minit dari Kundasang War Memorial. Kundasang War Memorial terletak di tengah-tengah Pekan Kundasang dan pendapat saya, lebih sesuai dijadikan sebagai titik permulaan perjalanan sebelum ke lokasi ladang ternakan ini.
Tiket Masuk
Bagi yang ingin melawat ke ladang ternakan ini, setiap seorang akan dikenakan tiket masuk mengikut harga yang telah ditetapkan.
Dewasa : RM4.00
Kanak-kanak atau Pelajar : RM3.00
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah atau OKU: Percuma
Sesi fotografi : RM10
Bayaran Masuk Tandas : RM0.30
(Semua tiket masuk tidak dikenakan GST)
Waktu Lawatan Dibuka Kepada Pengunjung
8:00 pagi - 5:00 petang (setiap hari)
Waktu Aktiviti Pemerahan Susu Lembu
3:00 petang - 5:00 petang (setiap hari)
Waktu Aktiviti Memberi Makanan dan Susu pada Anak Lembu dan Anak Kambing
9:00 pagi - 4:00 petang (setiap hari)
Waktu Aktiviti Pemprosesan Susu Lembu
10:30 pagi - 2:00 petang (Hari Selasa, Khamis dan Ahad)
(Semua tiket masuk tidak dikenakan GST)
Waktu Lawatan
Ladang ternakan ini dibuka kepada pengunjung setiap hari bermula dari jam 8:00 pagi sehingga jam 5 petang. Walaubagaimanapun, terdapat masa-masa tertentu yang sesuai untuk melawat ladang ternakan ini.
Waktu Lawatan Dibuka Kepada Pengunjung
8:00 pagi - 5:00 petang (setiap hari)
Waktu Aktiviti Pemerahan Susu Lembu
3:00 petang - 5:00 petang (setiap hari)
Waktu Aktiviti Memberi Makanan dan Susu pada Anak Lembu dan Anak Kambing
9:00 pagi - 4:00 petang (setiap hari)
Waktu Aktiviti Pemprosesan Susu Lembu
10:30 pagi - 2:00 petang (Hari Selasa, Khamis dan Ahad)
Comments
Post a Comment