Interesting Places in Kota Kinabalu Sabah [ Market Place ]

This article is available in several language.
[ Malay ] [ English ]

This article is part of Interesting Places in Kota Kinabalu Sabah entry.
Please read our disclaimer on the usage and ownership of media in this blog, thank you.

Location of the various market mention in this post.
[Click image for a larger view]

1. Pasar Kraftangan Kota Kinabalu

Bahagian luar Pasar Kraftangan Kota Kinabalu
Image Credit to azuanzahdi.com 

Barangan PerhiasanWanita yang ada dijual di sini.
Image Credit to kakinakl.com

Barangan kraftangan tempatan.
Image Credit to sini.com

Pasar Kraftangan Kota Kinabalu (dahulunya dikenali sebagai Pasar Filipina) merupakan sebuah deretan gerai yang menjual pelbagai barangan kraftangan, pakaian, dan perhiasan wanita. Ianya terletak di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephen dan dikelilingi oleh pasar-pasar tempatan yang lain. Pasar ini beroperasi seawal jam 9 pagi dan ditutup pada jam 9 malam.

Selain barangan kraftangan seperti key-chain dan peralatan tradisional tempatan, pasar ini juga menjual pelbagai jenis pakaian yang sesuai dipakai untuk musim panas. Oleh kerana itu, pasar ini sering dipenuhi oleh pelancong yang terutamanya berasal daripada negara beriklim sejuk. Bagi pelancong dalam negara seperti dari Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia, mereka selalunya melawat ke pasar ini bagi mendapatkan pakaian seperti "I Love Sabah" yang dijual pada harga yang murah.

Antara barangan yang ada di jual di sini termasuk lah barangan perhiasan seperti mutiara, keronsang, rantai, gelang, cincin, butang baju melayu, tasbih dan sebagainya. Bagi jenis pakaian pula termasuk lah pakaian musim panas wanita, pakaian tradisional tempatan, traveling hatsummer hat, baju "I Love Sabah", baju yang dicetak dengan lokasi pelancongan Sabah seperti Gunung Kinabalu, Orang Utan dan sebagainya. Untuk barangan kraftangan, peniaga di pasar ini ada menjual barangan key chain, peralatan muzik tradisional tempatan, dan perkhiasan rumah.

2. Pasar Malam Sinsuran

Makanan laut yang dijual di sini.
Image Credit to banihassim.blogspot.com

Dereten gerai menjual pelbagai juadah tempatan.
Image Credit to hassan1663.blogspot.com

Bahagian perhiasan wanita dan pakaian.
Image Credit to harrizam.blogspot.com

Pasar Malam Sinsuran, seperti pada namanya, hanya beroperasi pada waktu petang seawal jam 6 petang sehinggalah jam 11 malam. Pasar ini terbahagi kepada 5 jenis barangan termasuk lah pakaian terpakai (bundle), barangan mutiara dan pakaian, pelbagai jenis makanan tempatan, makanan laut, ikan mentah, serta sayur-sayuran dan buah-buahan. Pada waktu malam, lokasi pasar ini adalah antara yang paling meriah dan dipenuhi warga kota.

3. Pasar Ikan Masin

Bahagian hadapan Pasar Ikan Masin
Image Credit to emisslie.com

Pelbagai hasil laut yang dikeringkan.
Image Credit to a7madlakibul.blogspot.com

Pelbagai hasil laut yang dikeringkan.
Image Credit to harrizam.blogspot.com

Pasar ini pula menjual pelbagai jenis makanan laut yang dikeringkan pada harga yang berpatutan. Ianya beroperasi di antara jam 8 pagi sehinggalah jam 11 malam. Antara makanan laut kering yang ada di jual di sini termasuk lah ikan bilis, udang masin, ikan masin, ikan terubuk masin dan sebagainya. Pelancong yang ingin membawa makanan kering ini ke kampung mereka melalui kapal terbang tidak perlu risau kerana peniaga di sini sudah biasa dalam pembukusan yang diterima oleh syarikat penerbangan untuk dibawa ke atas kapal terbang.

4. Pasar Besar Kota Kinabalu

Image Credit to budakletrik.blogspot.com

Image Credit to cavinteo.blogspot.com

Image Credit to harrizam.blogspot.com

Pasar Besar Kota Kinabalu pula antara pilihan utama penduduk tempatan jika ingin membeli barangan dapur. Ianya beroperasi seawal 5 pagi dan ditutup pada 6 petang. Pertama sekali, kita boleh melihat kepada faktor harga yang murah. Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memantau harga barangan runcit di pasar ini dengan ketat. Semua harga yang ditawarkan mesti lah mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan.

Kedua, pelbagai jenis barangan ada dijual di sini. Pasar ini mempunyai dua tingkat dan tingkat bawah dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuk lah bahagian daging (halal dan tidak halal), ikan basah, ayam, buah-buahan, sayur-sayuran, herba, kopi, dan ikan kering.

Di tingkat atas pula, terdapat deretan kedai yang menyediakan makanan dan minuman tempatan yang dibahagikan kepada peniaga bumiputera dan peniaga cina. Jika anda mencari makanan tradisional Bajau Pantai Timur Sabah dan Suluk, di sini lah tempat yang mungkin anda cari. Selain bahagian makanan, tingkat atas juga mempunyai bahagian pakaian, beg dan kasut yang dijual pada harga berpatutan. Di belakang pasar besar ini pula terdapat pasar ikan basah yang memang fresh dari laut.

5. Pasar Ikan Basah

Image Credit to panoramio.com

Image Credit to augustinejumat.com

Dibuka seawal jam 5 pagi, pasar ikan ini menjual pelbagai jenis hasil laut Sabah yang segar pada harga yang murah. Sotong, udang, ikan pari, ikan merah, ikan tuna, dan bermacam-macam lagi ada di jual di sini. Selain itu, tumbuhan laut seperti Agar-Agar dan Latok yang hanya boleh didapati di perairan Sabah juga ada dijual di sini. Jika anda inginkan pilihan yang banyak, anda perlu lah datang pada awal pagi kerana selalunya pada pukul 8 atau 9 pagi, ikan-ikan sudah habis dijual dan pilihan pula tidak banyak.

6. Pasar Buah-buahan dan Kuih Tradisional

Image Credit to cavinteo.blogspot.com

Image Credit to cheriterazanyra.blogspot.com

Di pasar buah-buahan pula, pengunjung boleh lah mendapatkan buah-buahan seperti tembikai, betik, rambutan, kelapa, mangga, ciku, mata kucing, dan sebagainya. Bagi buah-buahan bermusim seperti manggis dan durian juga boleh didapati di sini. Walaupun pasar ini dikhaskan untuk buah-buahan, pembeli juga boleh mendapatkan pelbagai kuih tradisional tempatan Sabah  di sini seperti kuih cincin, amplang, kuih.. kuih.. dan bermacam-macam kuih lagi. (Saya pun tak ingat nama kuih-kuih tradisional lain. hehe)

7. Pasar Malam Kampung Air

Image Credit to memetlenggeng.blogspot.com

Pasar Malam Kampung Air adalah sama seperti Pasar Malam Sinsuran. Di sini juga terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual seperti pakaian, perhiasan wanita, dan sebagainya. Walaupun pasar malam ini tidak mempunyai peniaga makanan, terdapat banyak restoran yang beroperasi di sekitar lokasi ini. Pasar ini juga beroperasi antara jam 5 petang sehinggalah 11 malam.

8. Pasar Segama


Image Credit to kotakinabalufood.com

Pasar Segama terletak di bawah jambatan panjang di antara deretan bangunan Segama, KK Plaza dan juga bangunan Pos Malaysia. Pasar ini dibuka setiap hari dan selalunya beroperasi seawal pukul 4 petang dan ditutup pada pukul 9 malam. Pasar ini hanya menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman tempatan seperti bakso, soto, nasi campur, kuih-muih dan sebagainya. Selain itu, terdapat peniaga buah-buahan seperti rambutan, mangga dan durian yang berniaga di sini. Walaupun waktu beroperasi untuk pasar ini adalah singkat, ianya sering dipenuhi dengan pembeli pada waktu puncak terutamanya antara pukul 5 petang dan 7 malam.

9. Pasar Tamu Jalan Gaya

Image Credit to sabah.attractionsinmalaysia.com

Image Credit to tripadvisor.co.uk

Image Credit to cavinteo.blogspot.com

Pasar Tamu Jalan Gaya, atau lebih dikenali sebagai Gaya Street Sunday Market, merupakan pasar tamu yang diadakan setiap hari ahad di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu dan memberi peluang kepada ratusan peniaga tempatan untuk berniaga. Pasar tamu ini bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong Malaysia, malahan menjadi destinasi pilihan pelancong asing kerana dipromosikan secara meluas di seluruh dunia.

Lebih menarik, pasar tamu ini menawarkan pelbagai jenis barangan termasuk lah perhiasan wanita, barangan tradisional dan kraftangan, haiwan peliharaan, perkakasan rumah dan bermacam-macam lagi. Bagi penggemar makanan, pasar tamu ini adalah seperti syurga bagi mereka kerana di sini terdapat pelbagai jenis makanan seperti hidangan tempatan, buah-buahan, sayur-sayuran, kuih tradisional, aiskrim dan sebagainya. Selain itu, pelbagai jenis pakaian boleh didapati di sini seperti t-shirt, baju "I Love Sabah", kasut dan selipar, topi, kaca mata, dompet dan sebagainya.

10. Pasar Tamu Sinsuran

Selain pasar tamu Gaya Street, satu lagi pasar tamu yang dijalankan setiap hari ahad adalah Pasar Tamu Sinsuran. Pasar tamu ini dibuka antara pukul 5 pagi sehingga lah pukul 12 tengahari. Berbeza dengan pasar tamu Gaya Street, Pasar Tamu Sinsuran pula menyediakan jualan seperti hasil laut (ikan, sotong, ketam, agar-agar, latok, tehe-tehe), buah-buahan yang dibawa daripada pedalaman Sabah (Mangga bambangan, tebu, langsat, cempedak), dan juga makanan tradisional tempatan yang lain. Selain itu, terdapat jualan pakaian dan peralatan perkakas ada di jual di sini.

11. Pesta Perayaan Tahun Baru Cina

Berbeza dengan pasar-pasar yang disebutkan di atas, pasar malam ini pula diadakan hanya pada malam sehari sebelum sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Sebahagian Jalan Tun Fuad akan ditutup dan peniaga dibenarkan berniaga di atas jalan raya sehingga larut malam. Bermula pada jam 2 petang, jalan ini akan mula dipenuhi dengan peniaga dan pengunjung tidak kira penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar negara. Barangan yang dijual pula adalah pelbagai termasuk makanan, minuman, pakaian, buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan, dan bermacam-macam lagi.

Kadang-kala, terdapat persembahan atas pesta oleh selebriti-selebriti Malaysia terutamanya selebriti tanah air Sabah. Walaupun pesta ini diadakan untuk menyambut Tahun Baru Cina, pelbagai lapisan masyarakat dan kaum akan turut serta dalam memeriahkan lagi majlis ini. Pada awal waktu beroperasi sehinggalah pesta ini berakhir, penjawat awam seperti polis, bomba, JPAM, medic, pegawai DBKK dan seangkatannya akan memulakan operasi mengawal keadaan dan keselamatan pengunjung.

Comments