Interesting Places in Kota Kinabalu Sabah [ Islands for Tourism Activity ]

This article is available in several language.
[ Malay ] [ English ]

This article is part of Interesting Places in Kota Kinabalu Sabah entry.
Please read our disclaimer on the usage and ownership of media in this blog, thank you.



1. Taman Laut Tunku Abdul Rahman - Pulau Gaya

Image credit to sabah.attractioninmalaysia.com

Image credit to sedunia.com.my

Image credit to sabahstate.com

Pulau Gaya, terletak 5km daripada Bandaraya Kota Kinabalu, merupakan pulau terbesar yang terletak di dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan pusat kepada aktiviti pelancongan untuk taman laut ini. Namanya pula berasal daripada bahasa Bajau iaitu 'Gayo' yang bermaksud besar. Pulau ini merupakan pulau berhutan dan telah diwartakan sebagai hutan simpan. Oleh sebab itu, aktiviti seperti pembalakan dan perikanan di sini telah diharamkan sejak 1923.

Pulau ini bagaimanapun dibuka kepada aktiviti pelancongan. Beberapa aktiviti yang ada disediakan di sini termasuklah laluan mendaki sejauh 20km, aktiviti menyelam, snorkeling, dan juga "Flying Fox" atau zipline. Untuk kemudahan penginapan pula, terdapat 2 resort yang ada di sini iaitu Gayana Eco Resort dan Bunga Raya Island Resort. Selain pelancong, penduduk tempatan juga sering berkunjung ke sini untuk aktiviti riadah.

2. Taman Laut Tunku Abdul Rahman - Pulau Sapi

Image credit to clevermunkey.blogspot.com


Pulau Sapi merupakan pulau kedua yang terkecil di dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Terletak pada barat daya Pulau Gaya, pulau ini mempunyai keluasan 25 ekar dan memiliki pantai yang terbaik dalam taman marin ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuk lah snorkeling, menyelam, dan juga "Flying Fox" atau zipline. Kemudahan seperti jeti, perlindungan berkelah, tempat memanggang, meja, bilik persalinan, dan juga bilik air ada disediakan di sini. Lebih menarik lagi, hutan di pulau ini didiami oleh Macaques, sejenis spesis Old World Monkeys.

3. Taman Laut Tunku Abdul Rahman - Pulau Mamutik

Image credit to kotakinabalusabah.com

Dengan keluasan 15 ekar, Pulau Mamutik merupakan pulau terkecil yang terdapat di dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Ianya terletak lebih kurang 3km daripada Bandaraya Kota Kinabalu dan perjalanan selalunya mengambil masa dalam 10 minit sahaja. Walaupun pulau ini adalah yang terkecil di antara 5 pulau di sini, ianya menjadi pilihan utama penduduk tempatan kerana keindahan pantai dan terumbu kerang yang terpelihara. Keselamatan pula lebih terjamin kerana petugas-petugas keselamatan hanya perlu menjaga kawasan yang kecil.

4. Taman Laut Tunku Abdul Rahman - Pulau Manukan

Image credit to elacaspario.weebly.com

Image credit to penang-traveltips.com

Pulau Manukan merupakan pulau kedua yang terbesar di dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Perjalanan ke sini daripada Jeti Jesselton Point selalunya mengambil masa antara 15 sehingga 20 minit. Antara aktiviti yang sesuai diadakan di sini termasuk lah snorkeling, flying fish dan banana boat. Di luar pesisir pulau ini pula terdapat terumbu karang yang sesuai untuk aktiviti menyelam dan sea walking. Sebagai pulau yang dipromosikan secara global, pulau ini mempunyai kemudahan pelancongan yang paling maju seperti 20 unit chalet, clubhouse, dan juga restoran.

5. Taman Laut Tunku Abdul Rahman - Pulau Sulug

Image credit to kotakinabalusabah.com

Image credit to quintinlake.com

Pulau Sulug merupakan salah satu pulau di dalam Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Ianya merupakan pulau yang terjauh dari Bandaraya Kota Kinabalu. Pulau ini kurang dikunjungi tetapi terkenal sebagai lokasi menyelam yang baik. Panaroma bawah airnya sangat mempersonakan dimana ianya dipenuhi dengan kehadiran ular laut, penyu, ikan pari, ikan katak, dan juga kupu-kupu laut. Terumbu kerang yang tumbuh di kawasan pantai Pulau Sulug menjadikan pulau ini sesuai untuk aktiviti snorkeling. Perjalanan ke pulau ini biasanya mengambil masa dalam 15 minit ke 25 minit.

6. Pulau Tiga

Image credit to floresexotictour.com

Image credit to borneoclassic.com

Pulau Tiga, atau lebih dikenali sebagai Survivor Island, merupakan pulau yang terletak berhampiran daerah Kuala Penyu. Ianya terletak 45km barat daya Kota Kinabalu dan perjalanan selalunya mengambil masa 25 minit dengan bot berkelajuan tinggi. Pulau ini terbentuk akibat gempa bumi yang berlaku di Mindanao, Filipina pada 1897 dan ledakan yang terakhir adalah pada 1941 sebelum pulau ini menjadi pasif daripada aktiviti gunung berapi.

Menariknya, pulau ini dihadiri pelbagai spesis ular laut kerana sesuai sebagai habitat haiwan tersebut. Lebih indah lagi, pulau ini juga mempunyai lopak-lopak lumpur gunung berapi yang mana lumpurnya amat baik untuk kulit manusia. Kebanyakan pelancong yang melawat pulau ini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mandi lumpur di lopak-lopak tersebut. Kemudahan pelancongan seperti restoran, chalet dan tapak perkemahan juga ada disediakan kepada pelawat.

7. Pulau Mantanani

Image credit to the resp

Image credit to the respective owner.

Pulau Mantanani terdiri daripada tiga buah pulau kecil yang dipanggil Pulau Mantanani Besar, Pulau Mantanani Kecil dan Pulau Lungisan. Pulau ini terletak di arah barat laut Daerah Kota Belud dan boleh dikunjungi menggunakan bot dari Jeti Kuala Abai yang mana perjalanan selalunya mengambil masa dalam 45 minit. Jika melalui jeti Jesselton Point di Bandaraya Kota Kinabalu, perjalanan menggunakan speed boat akan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk tiba ke sini.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan termasuk lah aktiviti snorkeling, menyelam, island trekking, kayaking, dan pelbagai aktiviti air yang lain. Untuk ke sini, pengunjung perlulah mengisi borang kebenaran daripada pihak pengurus. Kemudahan pelancongan di Pulau Mantanani adalah antara yang terbaik selain Pulau Sipadan, Pulau Gaya, dan Pulau Mabul. Restoran, peralatan aktiviti, chalet, dan lain-lain disediakan pada tahap yang sangat memuaskan. Untuk gambaran lebih menarik tentang pulau ini, sila lah berkunjung ke blog kisahtatie.com dan lihat pengalaman beliau ketika melawat Pulau Mantanani.

Comments