Entri ini adalah sebahagian daripada artikel Pendapatan Tambahan Melalui Kaji Selidik
Apa sebenarnya Toluna? Toluna adalah sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan menyatukan syarikat-syarikat gergasi dan para pengguna seperti anda melalui tinjauan berbayar. Syarikat-syarikat tersebut melaburkan jumlah wang yang besar untuk mendapatkan maklum balas dan pendapat daripada pengguna bagi memperbaiki mutu produk dan servis yang mereka sediakan.
Di Toluna, anda sebagai pengguna hanya perlu menjawab tinjauan-tinjauan yang disediakan. Setelah berjaya menjawab, anda akan mendapat mata ganjaran Toluna yang boleh digunakan untuk menebus pelbagai ganjaran menarik termasuk wang tunai dan baucer. Apa yang paling penting adalah tiada sebarang bayaran dikenakan terhadap anda apabila ingin menjadi ahli Toluna.
Mendaftar Akaun Toluna
Untuk mendaftar, sila lawati laman web rasmi Toluna Malaysia di toluna.com. Anda boleh lah mendaftar menggunakan akaun Facebook anda ataupun menggunakan alamat emel.
Sebelum mendaftar, pastikan anda mempunyai:
1. Alamat emel ataupun akaun Facebook
2. Akaun Paypal untuk mendapatkan ganjaran tunai anda
Ganjaran Untuk Anda
Dengan mata Toluna yang anda kumpulkan, anda boleh mendapatkan ganjaran-ganjaran yang menarik seperti baucar membeli-belah di beberapa kedai terkemuka iaitu Giant, Lazada, AEON, dan Isetan, membuat aktiviti kebajikan dengan menderma kepada badan kebajikan, ataupun mendapatkan wang tunai melalui akaun Paypal anda. Selain itu, anda boleh mengikuti cabutan bertuah dan giftie dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti wang tunai dan peralatan elektronik.
Cara Menebus Wang Tunai melalui Paypal
Pertama sekali, pergi ke bahagian Pusat Ganjaran. Kemudian, pilih 'RM20 melalui Paypal' dan windows kecil seperti dalam gambar di bawah akan muncul. Seterusnya, tekan butang Tebus dan transaksi anda akan berjaya. Selalunya, proses untuk wang tunai dimasukkan ke dalam akaun anda mengambil masa antara 3 hari sehingga sebulan.
Tips Menjana Lebih Banyak Mata Ganjaran Toluna
Pengalaman adalah segala-galanya! Setelah lebih setahun bersama Toluna, saya ingin share pengalaman saya yang mungkin anda boleh manfaatkan. Berikut beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran Toluna.
- Menjawab Tinjauan Berbayar
- Mengundi atau Menjawab Soalan-Soalan Rakyat
Saya tak pasti jika admin Toluna boleh menyemak keaktifan anda menjawab soalan-soalan ahli Toluna lain, tapi apa yang pasti, anda boleh menerima mata ganjaran apabila mengundi atau menjawab soalan-soalan ahli Toluna yang lain. Apabila saya menyemak mata ganjaran saya, kadang kala terdapat kemasukan mata ganjaran dengan description "Toluna menyukai komen anda dan memberikan anda 100 mata Toluna". Hah! Oleh itu, rajin-rajinkan diri mengundi dan menjawab soalan-soalan ahli Toluna yang lain.
- Membuat Soalan Bernas dan Mendapat Undi atau Komen yang banyak
Anda juga boleh mendapat mata ganjaran Toluna apabila membuat soalan-soalan lima bintang dan soalan tersebut mendapat kuantiti maklum balas yang tinggi dari ahli Toluna yang lain. Apabila anda membuat soalan yang menarik dan berjaya mendapat undian atau komen yang banyak dari ahli Toluna yang lain, anda boleh mendapat mata ganjaran bonus dari admin Toluna. Selain mendapat mata ganjaran, anda juga akan dimasukkan ke dalam cabutan bertuah Toluna dan boleh memenangi hadiah seperti wang tunai Cash melalui Paypal, peralatan elektronik, dan bermacam-macam lagi.
- Menjawab Kandungan Ditaja
Kandungan Ditaja merujuk kepada soalan dimana apabila anda mengundi atau menjawab soalan tersebut, anda akan mendapat mata ganjaran Toluna. Walaupun mata ganjaran yang diberikan adalah sedikit, ia tetap merupakan mata ganjaran yang boleh ditukar kepada wang tunai atau baucer. Untuk melihat semua kandungan yang ditaja, anda boleh pergi ke laman Tinjauan dan tekan Kandungan Ditaja.
- Menjemput Rakan-Rakan Lain
Dengan menjemput kawan-kawan lain, anda boleh mendapat mata ganjaran Toluna. Saya tak pernah guna cara ini tapi ikut apa yang saya baca dari FAQs Toluna, anda boleh dapat mata ganjaran. Caranya adalah anda jemput rakan-rakan anda melalui alamat emel dan sekiranya rakan yang anda jemput itu join dan sudah menjawab sekurang-kurangnya satu tinjauan berbayar, anda akan mendapat mata ganjaran. So kalau anda nak cuba, dipersilakan.
- Menyertai Aktiviti-aktiviti Anjuran Toluna
Toluna sering membuat aktiviti-aktiviti yang mana menawarkan samada mata ganjaran, hadiah menarik atau wang tunai Paypal. Aktiviti-aktiviti tersebut selalunya diumumkan melalui Facebook page rasmi Toluna dan ianya dijalankan samada melalui Facebook page, laman web, atau akaun rasmi Instagram Toluna. Jika anda seorang yang bertuah, Toluna boleh menyumbang pendapatan sampingan yang tinggi untuk anda.
Buat masa ini, itu sahaja tips yang saya boleh berikan. Sekiranya anda rajin, anda boleh lah follow saya di Toluna. Walaupun tidak dapat dikenal pasti kebaikan follow unfollow di Toluna ni, lebih baik banyakkan follower. Jika anda follow saya, saya akan follow balik juga. Akaun Toluna saya adalah Milan_Mokhtar.
Comments
Post a Comment