Pendapatan Online: Viewfruit

Entri ini adalah sebahagian daripada artikel Pendapatan Tambahan Melalui Kaji Selidik


Viewfruit merupakan sebuah laman web yang menyatukan syarikat-syarikat gergasi dan para pengguna pada satu platform untuk memudahkan aktiviti kaji selidik. Bagi memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan mereka, syarikat-syarikat ini mendapatkan maklum balas dan maklumat daripada pengguna melalui tinjauan berbayar. Selain itu, mereka juga sekaligus mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka kepada kita sebagai pengguna.

Di Viewfruit, anda sebagai pengguna hanya perlu menjawab tinjauan-tinjauan yang disediakan. Setelah berjaya menjawab, anda akan mendapat mata ganjaran Viewfruit yang boleh digunakan untuk menebus ganjaran berupa wang tunai dalam mata wang US dolar. Menariknya, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal seperti yuran pendaftaran untuk mula menjana pendapatan.

Daftar > Jawab tinjauan berbayar > Tebus ganjaran

Pendapatan Viewfruit saya di dalam rekod Paypal
(Tekan gambar untuk saiz lebih besar)



Mendaftar Akaun Viewfruit

Untuk mendaftar, sila pergi ke link yang saya sediakan di bawah. Masukkan butir-butir yang diperlukan dengan tepat.

Link untuk mendaftar: TEKAN SINI

Sebelum mendaftar, pastikan anda mempunyai:
1. Alamat emel milik anda
2. Akaun Paypal untuk mendapatkan ganjaran anda

Setelah mendaftar, anda akan menerima emel bersertakan link pengaktifan akaun anda. Tekan link tersebut dan akaun anda berjaya diaktifkan. Anda kemudian akan dibawa ke laman 'Butiran Peribadi' di mana anda perlu mengisi butir-butir tentang diri anda. Maklumat ini akan digunakan untuk memastikan anda menerima kaji selidik yang sesuai dengan diri anda seperti umur, jantina, pendapatan.

Beberapa fungsi lain yang mungkin anda ingin tentukan mengikut citarasa anda adalah seperti menukar tema laman web Viewfruit, memuat-naik gambar pilihan anda sebagai profile picture, dan meletakkan pengenalan ringkas di profil anda yang boleh dilihat oleh pengguna lain apabila mereka melawat profil anda.



Ganjaran Untuk Anda

Sekiranya anda berjaya menjana mata ganjaran Viewfruit, anda boleh lah menebus wang tunai yang akan disalurkan ke akaun Paypal anda. Seperti yang tertera pada gambar di bawah, mata ganjaran minimum untuk menebus wang tunai adalah 2500 mata yang bersamaan dengan US$5. Secara ringkas, setiap 500 mata bersamaan dengan US$1.




Cara Menebus Wang Tunai Melalui Paypal

Peringatan: Pastikan maklumat akaun Paypal yang disambungkan ke akaun Viewfruit adalah tepat. Langkah yang pertama, pergi ke laman 'Tukar Wang'. Anda akan dibawa ke laman yang memaparkan beberapa pilihan seperti gambar di atas. Kemudian, pilih mana-mana ganjaran yang anda boleh tebus mengikut jumlah mata ganjaran anda. Penebusan ganjaran selalunya mengambil masa sehari sehingga seminggu sebelum ianya dimasukkan ke dalam akaun Paypal anda.



Tips Menjana Lebih Banyak Mata Ganjaran Viewfruit

Pengalaman adalah segala-galanya! Setelah lebih setahun bersama Toluna, saya ingin share pengalaman saya yang mungkin anda boleh manfaatkan. Berikut beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran Toluna.
  • Menjawab tinjauan berbayar
Tinjauan berbayar merupakan penyumbang mata ganjaran paling banyak di dalam Viewfruit. Sekiranya anda berjaya menghabiskan tinjauan, anda akan menerima mata ganjaran mengikut jumlah yang telah ditetapkan. Tetapi, anda juga boleh gagal menghabiskan tinjauan sekiranya ciri-ciri pengguna yang syarikat pengkaji cari adalah bercanggah dengan diri anda. Pastikan anda sentiasa menyemak laman V-Survey di laman web Viewfruit untuk sebarang tinjauan berbayar yang anda boleh jawab.
  • Menjemput rakan-rakan lain menyertai Viewfruit
Selain menjawab kaji selidik, anda juga boleh menjana mata ganjaran Viewfruit dengan menjemput rakan-rakan anda menyertai Viewfruit. Anda boleh lah menjemput mereka menggunakan emel ataupun melalui link yang dijana khas untuk anda. Untuk mata ganjaran melalui cara ini, anda akan menerima 10% dari setiap tinjauan yang berjaya dijawab oleh rakan anda. Contohnya, apabila rakan anda berjaya menjawab tinjauan bersertakan mata ganjaran 200, anda akan menerima 20 mata ganjaran daripada kejayaan mereka.

Comments