10 Makanan Tradisional Kaum Bajau di Sabah

Salam semua pembaca blog Milan. Entri kali ini Milan mau share makanan-makanan tradisional dari suku kaum Bajau. Milan pun orang Bajau juga. Bajau dari Pantai Barat Sabah. Dalam list ni ada beberapa jak makanan Bajau yang saya pernah rasa. Selamat mencuci mata. Hehe~

Bajau merupakan salah satu kaum majoriti di Sabah yang terdiri daripada dua kumpulan iaitu Bajau Samah yang menetap di bahagian Pantai Barat Sabah dan Bajau yang menetap di bahagian Pantai Timur Sabah. Orang Bajau Samah kebanyakannya menetap di sekitar Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Papar manakala Bajau di Pantai Timur Sabah menetap di sekitar Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Dikenali sebagai “Cowboy of the East”, Bajau Samah dari Kota Belud dan Tuaran merupakan penunggang kuda yang mahir dan cekap manakala Bajau dari Pantai Timur Sabah pula dikenali sebagai “Sea Gypsies” kerana kemahiran dan kecekapan dalam berenang dan menyelam. Kedua-dua kumpulan Bajau ini mempunyai tradisi dan adat yang sangat berbeza khususnya Bajau dari Kota Belud dan Bajau dari Semporna.

Perhatian:
1. Penomboran tidak berdasarkan mana-mana kriteria.
2. Pemilik gambar diletakkan di bawah setiap gambar.
3. Sila lawati blog mereka untuk lebih banyak informasi.


1. Sagol (atau Siagol)

Gambar daripada azlanomar9395.blogspot.com

Sagol (juga dipanggil Siagol) merupakan salah satu makanan tradisional suku kaum Bajau di Sabah. Sagol merupakan sebuah perkataan dalam bahasa Bajau yang bererti dicampur atau campuran. Makanan ini selalunya dimasak dengan menggunakan daging Ikan Buntal, Ikan Pari atau Ikan Yu (umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar. Kini, penangkapan Ikan Yu adalah dilarang kerana antara spesis ikan yang diancam kepupusan). Penduduk Bajau Pantai Timur Sabah amat handal dalam perikanan dan aktiviti lauk termasuk juga memasak ikan beracun seperti Ikan Buntal. Ikan Buntal perlu dikendalikan oleh tukang masak yang handal untuk menyingkirkan racunnya agar selamat dimakan. Sagol juga boleh dimasak dalam dua jenis masakan iaitu Sagol kering (tiada kuah) dan Sagol basah (ada kuah).


2. Kilau (atau Kinilau)


Kilau atau juga dikenali sebagai Kinilau merupakan makanan tradisional Bajau yang dikatakan "Sushi versi Borneo". Makanan ini diberi gelaran sedemikian kerana bahan utamanya adalah ikan yang tidak perlu dimasak tetapi dimakan mentah-mentah. Walaupun dimakan secara mentah, daging ikan tersebut adalah selamat dan bersih kerana dicampurkan dengan cuka dan limau. Selain daging ikan sebagai bahan utama, beberapa bahan lain akan dicampur untuk meng'awesome' kan lagi rasanya seperti mangga, lada, bawang, tomato dan halia. Di kalangan Kadazan-Dusun, Kilau atau Kinilau dikenali sebagai Hinava.


3. Putu (atau Piutu)

Gambar daripada mymalaysblog.wordpress.com

Putu atau juga dikenali sebagai Piutu merupakan sejenis makanan yang digunakan untuk menggantikan nasi. Bahan utama makanan ini ialah ubi kayu yang telah diperah airnya dan dimasak secara stim (dipanggil tepung 'Panggih'). Ada yang menggambarkan rasanya "seperti ubi kayu yang dicampur dengan tepung". Ianya sedikit kental dan melekit dan selalunya dibungkus seperti yang tertera dalam gambar. Putu lebih sedap dimakan bersama makanan laut yang juga makanan tradisional Sabah seperti Sagol, Kima, Tehe'-Tehe', Tayum dan banyak lagi. Gabungan combo antara Putu dan makanan-makanan laut tersebut juga dikatakan mampu membuka selera makan bagi yang mempunyai masalah kurang selera makan. Harga Putu kadang kala 50 sen sebungkus atau 3 bungkus bersamaan RM1. Milan pun selalu makan juga dan confirm berpeluh satu badan sebab lebih enak dimakan pedas-pedas. Paling siok kalau pedas-pedas mulut tu kita minum air sejuk. Slurppp :D


4. Lato'

Gambar daripada nuraripgasli.blogspot.com

Latok atau gelaran yang diberi "Anggur Laut" merupakan sejenis tumbuhan laut menyerupai anggur berwarna hijau yang kecil saiznya. Latok boleh didapati di mana-mana pasar di Sabah dan juga dihidangkan di mana-mana restoran seafood di Sabah. Rasanya yang sedikit masin enak dimakan bersama sambal, ikan bakar dan nasi yang masih panas. Tumbuhan laut perlu dielakkan dari terkena cahaya matahari agar ianya tidak layu. Apabila Latok layu, rasanya akan menjadi tidak sedap. Milan selalu makan Latok ni. Kalau pergi pasar di KK confirm mama beli untuk dimakan seisi keluarga.


5. Tehe'-Tehe'

Gambar daripada csc208-sabah.blogspot.com

Nasi Himpit Tehe'-Tehe'

Tehe-tehe adalah sejenis makanan laut yang terkenal di kalangan Bajau Pantai Timur Sabah. Ianya amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan. Cara penyediaan nya amat mudah dimana anda perlu mencuci tehe-tehe tersebut, masukkan beras ke dalamnya dan rebus. Selepas nasi sudah masak, potong tehe-tehe tersebut dan boleh dihidangkan. Ini lah yang dipanggil Nasi Himpit Tehe'-Tehe' Rasanya ada hampir-hampir macam telur ikan tapi memang sedap. 


6. Kima

Gambar daripada ghana9513.blogspot.com

Kima adalah sejenis kerang laut yang merupakan makanan tradisional Bajau Pantai Timur Sabah. Bajau Pantai Timur yang sememangnya terkenal sebagai "Sea Gypsies" amat handal dalam menyelam dan selalu mendapat Kima sebagai makanan harian pada masa dulu. Makanan ini boleh dimakan samada secara mentah (selepas dibersihkan) atau selepas dimasak. Kima yang dimasak selalu dicampurkan bersama sayur-sayuran.


7. Tompek (atau Tinompeh / Anggang / Sianglag)

Gambar daripada aselehen.blogspot.com

Tompek atau juga dikenali sebagi Tinompeh merupakan makanan yang diperbuat daripada ubi kayu. Ubi kayu yang telah diparut dan diperah airnya (dipanggil tepung 'Panggih') akan digoreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga lah berwarna kekuning-kuningan. Tompek juga selalu dijadikan makanan menggantikan nasi dan dimakan bersama lauk-pauk seperti sayur-sayuran dan ikan. Ianya juga terkenal di kalangan kaum Suluk di Sabah.


8. Bamban (atau Bianbam)


Bamban juga merupakan sejenis makanan yang dimasak daripada tepung 'Panggih'. 'Panggih' merupakan ubi kayu yang telah diparut dan diperah airnya sehingga ia menjadi seakan-akan tepung. Bamban disediakan dengan memasukkan tepung 'Panggih' ke dalam daun (daun seperti daun pisang atau daun pokok kelapa) dan di-stim sehingga masak. Setelah masak, ianya boleh dihidang dan dimakan bersama lauk-pauk seperti sayur dan ikan.


9. Tayum (Landak Laut)

Gambar daripada zsan87.blogspot.com

Tayum, yang juga dikenali sebagai landak laut, merupakan antara makanan laut yang telah menjadi tradisi makanan kegemaran Bajau Pantai Timur Sabah. Ianya mudah ditangkap kerana pergerakan yang perlahan. Tetapi perlu berhati-hati dengan durinya yang tajam. Mengeluarkan isi Tayum juga ada caranya. Isinya berwarna sedikit kuning seperti kunyit. Ianya sedap dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi sebagai lauk.


10. Kahanga

Gambar daripada bluehikari.com

Seafood lagi! Kahanga merupakan makanan tradisional suku kaum Bajau Pantai Timur Sabah. Kebanyakan makanan Bajau dari Pantai Timur lebih kepada ubi kayu dan juga makanan laut. Sebab tu lah semua makanan dalam list ini lebih kepada seafood dan ubi kayu. Kebanyakan restoran seafood di Sabah ada menyediakan makanan ini. Cara pemakanan nya tidak lah susah sangat. Kita cuma perlu menggunakan lidi pencungkil gigi (kadang kala menggunakan pin) untuk mencungkil keluar sesungut nya. Ianya sedap dimakan bersama samabal atau kuah atau dimakan bersama nasi.


Akhirnya saya berjaya menyiapkan entri ini. Entri kali ni ambil masa 7 jam pulak. Ada kah lagi yang saya lupa masukkan dalam list? Kalau ada, komen seja di bawah. Bagi gambar sekali ahh (secara free! :P). Sama-sama kita awesome kan entri ini. Jom support local blogger. Bule bah kan? Thanks~

Comments

  1. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰
    Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete

Post a Comment