Makanan Tradisional Sabah | Berobok

Berobok atau dalam Bahasa Melayu, Nasi Bubur Jagung.
Gambar diambil daripada kitabmasakan.com

Berobok (Nasi Bubur Jagung), atau juga dikenali sebagai Barobbo, merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Bugis di Sabah terutamanya di Daerah Tawau. Ianya sejenis bubur yang dicampur dengan bahan-bahan lain seperti jagung, ayam dan sayur-sayuran. Berobok sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja terutamanya sarapan pagi dan minum petang. Bagi mereka yang ingin mencuba makanan ini, ianya banyak boleh didapati di bahagian pantai timur Sabah terutamanya Bandar Tawau.


Bahan-bahan

Antara bahan-bahan Berobok adalah beras, ayam, isi ketam, udang bersaiz kecil, sayur cangkuk manis, lobak, bawang merah dan bawang putih, garam, ajinomoto, kiub pati ayam, daun sup, bawang goreng dan jagung dalam tin. Anda boleh menggunakan mana-mana kualiti beras pilihan anda. Ketam dan udang pula adalah pilihan samada anda ingin sertakan untuk menambahkan lagi keenakan Berobok.

Bahan-bahan menyediakan Berobok :
- 2 cawan beras yang ditanak sama seperti bubur -
- 1 ketul dada ayam yang dipotong kecil seperti dadu -
- 2 bungkus isi ketam dan 1/2 kilo udang saiz kecil -
- 2 ikat sayur cangkuk manis dan 2 biji lobak dipotong kecil -
- 10 ulas bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar -
- Garam, ajinamoto, 2 kiub pati ayam dan 3 gelas air -
- Daun sup, bawang goreng, dan 2 tin jagung -

Cara Penyediaan

Berobok yang siap disediakan dan boleh dimakan.
Cara penyediaan Berobok adalah sangat mudah dan tidak memerlukan kepakaran memasak yang tinggi. Pertama sekali, tanak 2 cawan beras sama seperti cara bubur ditanak. Seterusnya, rebus daging ayam yang telah dipotong kecil-kecil, masukkan lobak yang dipotong kecil-kecil serta udang yang telah dikupas, dan gaul. Setelah itu, bubur yang telah masak boleh dimasukkan ke dalam ramuan ayam tadi dan gaul sehingga sebati. 

Kemudian, bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar boleh dimasukkan dan gaul lagi. Masukkan garam dan ajinomoto secukupnya serta 2 ketul pati ayam. Yan terakhir, masukkan sayur dan biarkan mendidih sehingga Berobok nampak pekat sama seperti bubur. Setelah pekat, Berobok boleh dihidangkan dan dihias dengan bawang goreng, daun sup serta jagung yang ditin.

Comments