Sabah Tanah Airku | Lagu Kebangsaan Negara Sabah




Sabah Tanah Airku
Negeri Kita Yang Tercinta
Pemuda Pemudi
Semua Marilah
Bangunlah Bersatu Semua
Marilah Bersama
Serta Maju Jaya
Merdeka Sepanjang Masa
Bersatu Segala Bangsa Sentosa
Sabah Negeri Merdeka

Bendera Negara Sabah
Asal-usul Lagu Sabah Tanah Airku

Lagu 'Sabah Tanah Airku' merupakan lagu ciptaan H.B. Hermann, seorang komposer dari Geylang, Singapura. Pada tahun 1963, Ketua Menteri Sabah yang pertama, juga pejuang kemerdekaan Negara Sabah iaitu Allahyarham Tun Mohd. Fuad Stephens dan juga Ketua Menteri Sabah ketiga iaitu Allahyarham Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun, telah melancarkan pertandingan mencipta lagu kebangsaan Negara Sabah sebagai persediaan dalam menyambut kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 dan juga pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Kiri: Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun
Kanan: Tun Datuk Haji Mohd. Fuad Stephen 
Pertandingan tersebut diselia oleh pasukan Pancaragam Polis Tentera Borneo Utara. Sebanyak 37 lagu telah dipertandingkan dan hanya 7 lagu diterima pada peringkat akhir pertandingan tersebut. Antara pengadil pada pertandingan ini termasuk lah Datu Mustapha Datu Harun dan juga Donald Stephen.

Jata Negara Sabah
Pencipta lagu 'Sabah Tanah Airku', H.B. Hermann, merupakan seorang pemain biola profesional yang mendapat pendidikan awal di Warsaw, Poland dan pernah membuat pertunjukan opera dan muzik di beberapa buah negara seperti Rusia, Jerman, dan Siberia sebelum memulakan kehidupan sebagai seorang rakyat Singapura. Selain itu, beliau merupakan penghibur di kelab-kelab malam di beberapa buah negara, seorang jurubahasa, ahli kimia, dan juga ahli bintang yang terkemuka.

Selepas lagu ' Sabah Tanah Airku' ciptaan H.B. Hermann dianugerahkan sebagai juara pada pertandingan tersebut, lagu tersebut mula dimainkan di radio pada 7:30 pagi, 12:00 tengahari dan juga 7 malam, dan juga dimainkan untuk sebarang majlis rasmi kerajaan. Bukan itu sahaja, lagu tersebut dinyanyikan di sekolah-sekolah untuk menerapkan semangat patriotik dalam golongan muda generasi terkini bagi mentadbir negara Sabah pada masa akan datang.

Maklumat ini diperolehi daripada blog Cikgu Jup.

Comments