Makanan Tradisional di Sabah: Ambuyat

Ambuyat


Sejarah Ringkas Ambuyat
Ambuyat merupakan makanan tradisional bagi kaum Bisaya (di Sabah dan Brunei) dan terkenal di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan juga Brunei Darussalam. Sabah yang terkenal dengan pelbagai bangsa seperti Kadazan, Murut, Dusun, dan Bajau juga meminati makanan ini. Ambuyat merupakan sajian utama bagi kaum Bisaya selepas nasi. Makanan ini dihidangkan sebagai menu harian dan merupakan hidangan yang wajib semasa hari-hari istimewa seperti hari perkahwinan dan hari keramaian kaum Bisaya.

Ambuyat yang mempunyai warna yang putih dan tekstur yang seakan-akan gam.

Proses Ambuyat
Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang diperbuat daripada sagu rumbia, sagu yang boleh diperolehi daripada bahagian dalam batang pokok Rumbia. Di Brunei, sagu Rumbia dikenali sebagai Ambulung. Proses untuk menghasilkan Ambulung pula dikenali sebagai proses Mengarus. Proses Mengarus selalunya mengambil masa selama sehari. Pada masa kini, sagu Rumbia atau Ambulung boleh didapati di pasar-pasar atau tamu-tamu di Sabah dalam bentuk packet.

Ciri-ciri dan Cara Pemakanan Ambuyat
Ambuyat mempunyai warna yang putih dan tekstur yang seakan-akan gam. Ianya sedikit melekit dan lebih selesa dimakan dengan menggunakan 'candas', sejenis chopstik tempatan. Ambuyat lebih enak dimakan semasa ianya masih panas serta dicecah dengan pelbagai jenis kuah seperti kuah kari, kuah ikan rebus, kuah tempoyak dan kuah ikan. Kerana mempunyai rasa yang tawar, Ambuyat bergantung pada kuah dan kuah yang digunakan selalunya mempunyai rasa yang lebih hebat iaitu lebih masam dan pedas. Ambuyat juga tidak perlu dikunyah dan boleh terus ditelan.

Ambuyat lebih enak dimakan bersama pelbagai jenis kuah.

Selepas Makan Ambuyat
Mengikut pendapat ramai, mereka akan berasa sangat kenyang selepas makan Ambuyat tetapi juga akan cepat lapar semula. Ini kerana Ambuyat lebih kepada sumber karbohidrat berair. Oleh itu, Ambuyat tidak sesuai untuk mereka yang sedang ber'diet' atau ingin mengekalkan tubuh badan yang 'fit'. Terdapat juga pandangan bahawa Ambuyat boleh membuatkan kulit para pengemarnya menjadi lebih lembut dan cerah.


Resipi Ambuyat

Ambuyat boleh disediakan dengan mudah tetapi perlu mematuhi cara penyediaannya dengan tepat. Sedikit kesilapan boleh menyebabkan Ambuyat anda tidak menjadi atau tidak sama dengan rasa Ambuyat yang sebenar. Berikut adalah beberapa blogger yang menyediakan resipi Ambuyat mengikut cara mereka tersendiri. Klik di gambar atau link yang disediakan untuk melihat resipi mereka.
Gambar daripada resipirasia.blogspot.com
  • Pengenalan kepada Ambuyat oleh SayangSabah.com. Sila tonton video di bawah.


  • Cara pemakanan Ambuyat oleh Chef Rondi di Circle Restaurant, Le Meridien Hotel.


  • Resipi membuat Ambuyat oleh JingEn Goh. Sila tonton video di bawah.


Anda juga ada bercerita tentang resipi Ambuyat di blog anda?
Anda mempunyai resipi Ambuyat tersendiri untuk dikongsi secara percuma?
Anda mempunyai gambar atau video tentang Ambuyat untuk dikongsi secara percuma?
Komen di ruangan di bawah atau email saya di emilhan_18@yahoo.com.

Bantu saya dengan share entri ini atau follow blog saya atau like page blog saya di FB. Terima kasih. Me support Sabahan Blogger. Sabah boleh bah!


Anda juga mungkin meminati:

Comments

  1. Oh Ambuyat di buat dari tepung rumbia. Emak sy ada masak sagu rumbia dgn kelapa parut. Sedap...lemak. mkn dgn serunding, sedap..
    nnti share lg resepi yg lain yea:)

    www.asmahabubakar.com

    ReplyDelete

Post a Comment