Makanan Tradisional di Sabah: Bosou

Bosou

Bosou, atau juga dikenali sebagai Tonsom merupakan sejenis makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Bagi masyarakat yang tinggal di Ranau, Bosou dikenali sebagi Tinamba. Makanan ini menyerupai jeruk atau perkasam yang dijadikan sebagai hidangan sampingan. Bosou boleh disediakan dalam pelbagai jenis seperti Bosou Sada (ikan), Bosou Nangka (Nangka), Bosou Sayur-sayuran dan bermacam-macam lagi mengikut citarasa masing-masing.


Bahan utamanya samada ikan (jenis air tawar), buah-buahan atau sayur-sayuran, akan dicampur dengan beberapa bahan lain seperti nasi, garam, tuhau dan polod. Campuran bahan-bahan tersebut akan ditambah dengan buah Kepayang atau nama tempatan, Pangi (nama saintifik: Pangium Edule) yang berfungsi sebagai pengawet supaya makanan tahan lebih lama. Selepas dicampur kesemua bahan tersebut, ianya akan disimpan di dalam bekas bertutup ketat dan diperam selama 5 hingga 7 hari sebelum dihidangkan.

Bosou Sada (Ikan)
Gambar daripada hidupberhikmah.blogspot.com

Bosou Nangko (Nangka)
Gambar daripada discoverborneo.com


Bosou mempunyai bau yang sangat kuat dan kurang menyenangkan. Walaupun baunya kurang menyenangkan, rasanya sangat sedap dan menyelerakan. Selepas diperam selama beberapa hari, Bosou boleh dihidangkan terus atau dimasak semula. Selalunya Bosou dimasak semula untuk menghilangkan baunya dan dicampur dengan bahan-bahan tambahan seperti bawang, cili dan tuhau. Masyarakat Kadazan-Dusun pada masa dahulu mempercayai Bosou mampu meningkatkan penghasilan susu ibu dan digalakkan untuk dimakan oleh ibu yang baru sahaja melahirkan anak.


Resipi Bosou

Bosou boleh disediakan mengikut citarasa masing-masing seperti Bosou kosong, Bosou Sada (Ikan) dan Bosou yang dibuat dengan campuran daging. Berikut adalah beberapa blogger yang menyediakan resipi Bosou mengikut citarasa mereka. Klik di gambar atau link yang disediakan untuk melihat resipi mereka.
Gambar daripada borneobonita.blogspot.com
Gambar daripada eyokecooking.blogspot.com


Anda juga ada bercerita tentang resipi Bosou di blog anda?
Anda mempunyai resipi Bosou tersendiri untuk dikongsi secara percuma?
Anda mempunyai gambar atau video tentang Bosou untuk dikongsi secara percuma?
Komen di ruangan di bawah atau email saya di emilhan_18@yahoo.com.

Bantu saya dengan share entri ini atau follow blog saya atau like page blog saya di FB. Terima kasih. Me support Sabahan Blogger. Sabah boleh bah!


Anda juga mungkin meminati:

Comments