Selamat datang ke blog saya. Untuk entri kali ini, saya ingin share info menarik tentang bagaimana nak tukar icon folder. Selama ini tak terdetik pun di hati saya nak buat icon folder yang saya buat sendiri. Selalunya guna icon folder yang biasa ada dalam semua laptop atau komputer. Jom kita awesomekan laptop kita. Selamat mencuba.
1ST STEP
Pertama sekali, pergi ke laman website ni www.convertico.com. Anda akan sampai ke laman seperti dalam gambar berikut.
1ST STEP
Pertama sekali, pergi ke laman website ni www.convertico.com. Anda akan sampai ke laman seperti dalam gambar berikut.
Sebelum pergi ke step seterunya, take note beberapa perkara penting di bawah:
1. Pastikan image dalam bentuk file jenis PNG. Sekiranya image dalam bentuk file jenis lain, buka "Paint" atau "Microsoft Office Words" atau mana-mana photo editor, masukkan image tersebut dan save sebagai file PNG.
2. Saiz image juga mestilah tidak melebihi 650kb, semakin rendah semakin baik. Kalau saiz terlampau besar, buka Paint, resize image tersebut menjadi kecil.
2ND STEP
1 Tekan BROWSE seperti yang tertera dalam petak 1 dan cari image yang anda ingin jadikan icon folder.
2 Selepas memilih image yang ingin dijadikan icon, tekan GO seperti yang tertera dalam petak 2. Proses menukar jenis file mengambil masa antara 10 saat sehingga 45 saat.
3 Setelah laman website ini berjaya menukar jenis file tersebut kepada file jenis ICO, kotak pink seperti yang terdapat dalam petak nombor 3 akan muncul. Tekan kotak pink tersebut untuk mula mendownload image yang telah berjaya ditukar kepada file jenis ICO.
3RD STEP
Pilih folder yang anda ingin tukar icon nya.
Tekan properties seperti yang ada dalam gambar.
Pergi ke bahagian 'Customize' dan
tekan 'Change Icon'
Cari file ISO yang telah dimuat turun tadi
Tekan 'OK'
Kemudian tekan 'Apply' dahulu sebelum menekan 'OK'
ICON folder berjaya ditukar.
Sila tekan refresh sekiranya icon folder
belum berubah.
Tahniah jika anda berjaya menukar icon folder anda kepada yang anda buat sendiri. Sekiranya entri ini telah berjaya membantu anda, saya nak minta tolong sikit. Hehe.. tolong tekan like and share entri ini, like fb page and follow blog ini. Kalau rasa sangat terhutang budi, follow la account Google+ saya. Sekian :D
Comments
Post a Comment