10 Tempat Menarik di Ranau, Sabah


1. Taman Kinabalu

Pintu utama Kinabalu Park.

Permandangan indah gunung Kinabalu dr Chalet yang ada di sini.

Kinabalu Park merupakan sebuah lokasi permulaan bagi pendaki-pendaki yang ingin mendaki gunung Kinabalu. Di lokasi ini, pendaki boleh membuat pendaftaran, menempah mountain guide, atau juga menginap di hotel sambil menikmati udara segar, suhu yang sejuk dan juga permandangan indah Gunung Kinabalu. Bagi pelawat yang tidak mendaki gunung Kinabalu, anda boleh datang ke sini untuk bergambar berlatar belakangkan gunung Kinabalu, beristirehat sambil menikmati suhu yang sejuk, atau melawat Botanical Garden yang ada di sini.

2. DESA Cattle Dairy Farm

Permandangan indah di ladang ini

Permandangan Gunung Kinabalu dari DESA Cattle Dairy Farm
Photo credit to Maidin Samshuddin

Permandangan ini seakan-akan ladang lembu di New Zealand
Photo credit to Mr. Rakib

DESA Cattle Dairy Farm merupakan sebuah ladang ternakan lembu dan kambing dan juga sebuah kilang pemprosesan susu lembu dan kambing. Terletak kira-kira 8km dari Pekan Kundasang, ladang ternakan ini dibuka kepada pelawat untuk melihat sendiri pemprosesan susu lembu dan juga membeli produk keluaran kilang ini. Apa yang lebih menarik tentang lokasi ini adalah permandangan dan suasana yang seakan-akan berada di New Zealand. Oleh sebab itu, ladang ini telah diberi gelaran "Little New Zealand in Sabah". Permandangan yang indah di ladang ini juga dihiasi dengan permandangan Gunung Kinabalu dan suhu yang sejuk serta udara yang segar.

Untuk maklumat lanjut, lawati entri DESA Cattle Dairy Farm.

3. Kundasang War Memorial

Salah satu taman dalam taman memorial ini

Bendera Australia di pasang bagi memperingati tentera-tentera yang terkorban.

Kolam air ini penuh dengan syiling yang diletakkan oleh pelawat.

Kudansang War Memorial merupakan sebuah istana kecil yang menempatkan tugu memperingati tentera-tentera Australia yang telah dibunuh semasa penjajahan Jepun. Lokasi ini terkenal dengan kejadian The Marching Death yang telah membunuh lebih dari 2000 askar Australia. The Marching Death merupakan kejadian di mana semua banduan tangkapan tentera Jepun telah dipaksa untuk berjalan kaki tanpa rehat dari Sandakan sehingga ke Ranau. Di sini, selain menikmati kisah kejadian tersebut, pelawat boleh lah bergambar dan membeli barangan kraftangan.

4. Pasar Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu

Pasar Kraftangan yang terdapat di Pekan Nabalu

Permandangan Gunung Kinabalu dari Pekan Nabalu

Buah-buahan yang dijual di Pasar Pekan Kundasang

Deretan peniaga tempatan yang menjual pelbagai jenis saur-sayuran dan kuih.

Pekan Kundasang dan Pekan Nabalu masing-masing mempunyai pasar yang mejual pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan organik yang fresh dari kebun. Selain itu, barangan kraftangan dan makanan tradisional tempatan juga ada dijual di pasar ini.

5. Kebun Strawberry

Buah Strawberry yang terdapat di kebun ini.
Pelbagai jenis bunga yang boleh dilihat selepas melawat kebun Strawberry.
Di Ranau juga terdapat banyak kebun Strawberry terutamanya di kawasan Kundasang kerana suhunya yang sesuai untuk penanaman Strawberry. Antara kebun yang dibuka kepada pengunjung adalah Strawberry and Rose Garden [Galeri: ilovebunga89.blogspot.com] dan juga Strawberry Garden. Selain menikmati pemandangan kebun Strawberry, pelawat boleh juga masuk ke kebun pelbagai jenis bunga yang ditanam di sini seperti bunga Rose.

6. Tagal Luanti

Sebaik masuk ke dalam sungai, ikan akan mula berkumpul.

Ikan-ikan yang mula memberi urutan kepada kaki pelawat

'Tagal' Luanti merupakan sebuah sungai yang menjadi lokasi pelancongan kerana terkenal dengan spa ikan yang terdapat di sini. Berbeza dengan ikan-ikan lain yang takut dengan manusia, ikan-ikan di sungai ini amat suka dengan manusia. Sebaik memasukkan kaki anda ke dalam sungai, ikan-ikan ini akan mula mengurut kaki anda. Anda juga boleh memberi makanan ikan kepada ikan-ikan ini. 

7. Kolam Air Panas Poring

Kolam air yang menggunakan air sungai.

Air Terjun Kipungit yang hanya 200 meter dari pintu utama.

Laluan Kanopi Poring yang terdapat di lokasi pelancongan ini.
Kolam Air Panas Poring merupakan sebuah lokasi pelancongan yang sangat terkenal di kalangan rakyat tempatan Sabah dan juga pelancong asing. Menariknya, air panas yang disediakan adalah air panas yang terhasil secara semulajadi dari bawah tanah. Lokasi ini juga terkenal kerana beberapa tempat menarik yang berada di kawasan ini seperti Air Terjun, Taman Kupu-Kupu, Jambatan Kanopi, dan juga tumbuhan Rafflesia yang tumbuh di kawasan ini.

8. Ladang Teh Sabah

Ladang teh organik yang terbentang luas.
Antara produk keluaran Sabah Tea.

Ladang Teh Sabah adalah satu-satunya ladang teh organik di Kepulauan Borneo dan juga seumpamanya di seluruh dunia. Berbeza dengan suhu yang dingin di Kundasang, suhu di ladang teh organik ini agak panas. Tapi apa yang penting adalah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang anda boleh dapat apabila melawat ke sini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini termasuk melawat ladang teh organik, melihat pemprosesan teh dan juga membeli pelbagai produk keluaran ladang ini.

9. Ranau Paragliding Park

Lokasi aktiviti Paragliding dijalankan.

Salah satu lokasi paraglider berlepas.

Aktiviti paragliding juga terkenal di Daerah Ranau dan dijalankan di Ranau Paragliding Park yang terletak 6 km dari Pekan. Paragliding adalah sebuah aktiviti meluncur di udara menggunakan payung terjun lebar setelah berlari atau melompat dari sebuah lokasi yang tinggi. Kawasan Ranau yang berbukit menjadikannya lokasi yang sesuai untuk aktiviti ini.

10. Mesilau Nature Park

Perkhidmatan chalet yang disediakan di sini. 
Untuk sebab tertentu, permandangan ini dipanggil Mesilau Pinnacles

Mesilau Nature Park adalah lokasi kedua untuk memulakan pendakian menawan puncak Gunung Kinabalu. Menariknya, lokasi ini merupakan lokasi pelancongan paling dekat dengan kaki gunung Kinabalu dan menjadi habitat kepada spesies terbesar periuk kera, iaitu Nepenthes Rajah. Pelawat yang berkunjung ke sini boleh lah berjalan-jalan di kawasan sekitar sambil menikmati permandangan puncak Gunung Kinabalu, suhu yang lebih sejuk berbanding Pekan Kundasang, dan juga pokok serta tumbuhan yang ada di sini.

Comments