Makanan Tradisional di Sabah: Hinava

Hinava

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Bagi suku kaum Bajau dari pantai timur Sabah, Hinava dikenali sebagai Kinilau. Makanan ini disediakan sama seperti mana Sushi dari Jepun disediakan. Ianya merupakan hidangan yang mana bahan utamanya ialah isi ikan segar yang tidak dimasak tetapi dibersihkan dengan cuka atau limau dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti biji buah Bambangan, cili merah, halia, bawang merah dan garam.


Ikan yang digunakan selalunya ikan tenggiri dan kadang-kala ikan Yu. Disebabkan ikan Yu antara spesis hidupan laut yang diancam kepupusan, makan ikan Tenggiri menjadi pilihan utama. Kadang-kala, ikan boleh digantikan dengan hidupan laut yang lain seperti udang dan sotong. Oleh kerana bahan-bahan dari laut seperti ikan, sotong dan udang tidak dimasak, bahan-bahan tersebut mestilah dalam keadaan segar.

Hinava selalunya dihidangkan sebagai menu harian dan menjadi hidangan wajib untuk hari-hari istimewa seperti majlis perkahwinan atau hari keramaian seperti Pesta Menuai. Ia lebih enak dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama nasi yang masih panas atau bersama sambal pedas. Makanan ini boleh didapati di restoran atau gerai makanan tempatan dengan harga yang murah dan berpatutan. Terdapat juga hotel-hotel terkemuka di Sabah yang menyediakan makanan ini untuk diperkenalkan kepada pelancong yang datang ke Sabah.

Resipi Hinava

Hinava boleh disediakan mengikut citarasa masing-masing. Berikut adalah beberapa blogger yang menyediakan resipi Hinava mengikut citarasa mereka. Klik di gambar atau link yang disediakan untuk melihat resipi mereka.
Gambar daripada peppers-love.blogspot.com
Gambar daripada hungerhunger.blogspot.com
Gambar daripada lullabylover89.blogspot.com
Gambar daripada kellysiewcooks.com

  • Resipi oleh MSCMalaysiaDST. Sila tonton video di bawah.


  • Video komersial oleh JNR Entertainment. Sila tonton video di bawah.

  • Resipi oleh NorthBorneoTV. Sila tonton video di bawah.

  • Video dimuatnaik oleh Rachel Doktor. Sila tonton video di bawah.



Anda juga ada bercerita tentang resipi Hinava di blog anda?
Anda mempunyai resipi Hinava tersendiri untuk dikongsi secara percuma?
Anda mempunyai gambar atau video tentang Hinava untuk dikongsi secara percuma?
Komen di ruangan di bawah atau email saya di emilhan_18@yahoo.com.

Bantu saya dengan share entri ini atau follow blog saya atau like page blog saya di FB. Terima kasih. Me support Sabahan Blogger. Sabah boleh bah!


Anda juga mungkin meminati:

Comments