Makanan Tradisional di Sabah: Pinasakan

Pinasakan

Pinasakan Sada (ejaan lama: Pinaasakan) atau Pinarasakan merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun dan sangat terkenal di Sabah. Makanan ini merupakan sejenis makanan yang mengandungi ikan Basung yang telah ditumis dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti buah Bambangan, takob-akob, kunyit, dan garam. Ianya juga sejenis makanan yang tahan lama dan boleh disimpan untuk beberapa hari. 

 Gambar daripada ummuhatul.blogspot.com

Gambar daripada multiracialdkp.blogspot.com

Gambar daripada she1012012.blogspot.com

Pinasakan enak dimakan bersama nasi yang masih panas atau bersama Ambuyat, sejenis makanan tradisional yang juga terkenal di Sabah. Di Sabah, makanan ini boleh didapati di restoran atau gerai makanan yang menyediakan makanan tradisional kaum bumiputera Sabah. Terdapat juga beberapa hotel terkemuka (seperti Hotel Le-Meridien, Kota Kinabalu) di Sabah yang mula menghidangkan Pinasakan untuk diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang datang ke Sabah.

Resipi Pinasakan Sada (Pinarasakan/Pinaasakan)

Pinasakan boleh disediakan mengikut citarasa masing-masing. Berikut adalah beberapa blogger yang menyediakan resipi Pinasakan Sada mengikut citarasa mereka. Klik di gambar atau link yang disediakan untuk melihat resipi mereka.
Gambar daripada eyokecooking.blogspot.com

Gambar daripada emeldashabelle.blogspot.com

  • Resipi oleh NorthBorneoTV di Youtube. Sila tonton video di bawah.




Anda juga ada bercerita tentang resipi Pinasakan di blog anda?
Anda mempunyai resipi Pinasakan tersendiri untuk dikongsi secara percuma?
Anda mempunyai gambar atau video tentang Pinasakan untuk dikongsi secara percuma?
Komen di ruangan di bawah atau email saya di emilhan_18@yahoo.com.

Bantu saya dengan share entri ini atau follow blog saya atau like page blog saya di FB. Terima kasih. Me support Sabahan Blogger. Sabah boleh bah!


Anda juga mungkin meminati:

Comments