Makanan Tradisional di Sabah: Sup Manuk Lihing

Sup Manuk Lihing (Sup Ayam Lihing)

Sup Manuk Lihing, atau dalam Bahasa Melayu Sup Ayam Lihing, merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun di Sabah. Makanan ini diberi nama Sup Manuk Lihing kerana ianya merupakan sejenis makanan berupa sup yang mana bahan utamanya adalah daging ayam dan dicampur dengan Lihing, sejenis minuman keras buat tempatan dari Sabah. Daging ayam (kebiasaannya ayam kampung) akan dimasak bersama Lihing yang kemudiannya dicampur dengan hirisan halia.
Gambar daripada ummuhatul.blogspot.com

Menurut kepercayaan suku kaum Kadazan-Dusun, Sup Manuk Lihing sangat baik untuk wanita yang baru sahaja melahirkan anak. Ramuan utama dalam makanan ini ialah Lihing, iaitu sejenis minuman keras yang diperbuat daripada beras pulut yang diperam bersama ragi. Oleh kerana makanan ini mengandungi minuman keras, maka ianya haram dimakan oleh yang beragama Islam. Sup Manuk Lihing selalunya dijadikan sebagai lauk dan dimakan bersama nasi yang masih panas.

Gambar daripada peppers-love.blogspot.com

Sup Manuk Lihing selalunya dihidangkan sebagai menu harian dan menjadi hidangan yang wajib semasa hari-hari istimewa seperti hari perkahwinan, hari jadi dan hari pertunangan serta semasa hari keramaian iaitu Pesta Menuai yang disambut setiap 30 dan 31 Mei di Sabah. Hidangan ini boleh didapati di mana-mana restoran atau gerai makanan yang ada menyediakan makanan tradisional. Selain itu, makanan ini turut dihidangkan di hotel-hotel terkemuka untuk diperkenalkan kepada pelancong yang datang melawat ke Sabah.


Resipi Sup Manuk Lihing (Sup Ayam Lihing)

Sup Manuk Lihing boleh disediakan mengikut citarasa masing-masing. Berikut adalah beberapa blogger yang menyediakan resipi Sup Manuk Lihing mengikut citarasa mereka. Klik di gambar atau link yang disediakan untuk melihat resipi mereka.


Gambar daripada peppers-love.blogspot.com


Comments