Rumah Terbalik Borneo, atau dalam bahasa Inggeris, The Upside Down House of Borneo, merupakan sebuah rumah yang dibina dalam kedudukan terbalik dan ini termasuk pelbagai perhiasan, kereta dan garaj rumah yang juga berada di dalam keadaan terbalik. Menurut Malaysia Book of Records, Rumah Terbalik ini merupakan rumah terbalik yang pertama di Malaysia dan juga di Asia Tenggara. Ianya juga satu daripada enam buah rumah terbalik yang ada di seluruh dunia selain sebuah rumah terbalik terletak di Melaka, 3 buah di Eropah dan sebuah lagi di Jepun.
Rumah terbalik ini telah dibina dengan kos mencecah RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, seorang pemilik sebuah lodge pelancongan di Sukau, sebuah kawasan di pantai timur Sabah. Ianya terletak di Batu 21 Jalan Telibong Tamparuli dan mula dibuka pada umum pada awal Febuari 2012 yang lalu. Kini, rumah terbalik ini berjaya menjadi sebuah destinasi tarikan pelancong baik dari luar negara atau dari dalam negara yang datang melawat ke Sabah.
Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan di situ sebagai keselesaan pelawat seperti Gift Shop yang menjual pelbagai barangan kraftangan penduduk tempatan dan juga keychain serta baju yang bertemakan The Upside Down House of Borneo sebagai tanda pernah melawat ke tempat tersebut. Selain itu, sebuah restoran bernama Mango Garden Restaurant telah dibina untuk pelawat menjamu selera pelbagai makanan tradisional tempatan dari suku kaum Kadazan Dusun. Restoran tersebut dibuka setiap hari dari Jam 10:00 pagi sehingga jam 10:00 malam. Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi Mango Garden Restaurant melalui nombor telefon +6088783911 atau melalui emel sales@trekkerlodge.com.
Bagi yang ingin melawat rumah terbalik ini, setiap seorang akan dikenakan tiket masuk mengikut harga yang telah ditetapkan.
Rumah Terbalik Borneo dibuka setiap hari termasuk cuti umum iaitu bermula dari Jam 7:00 pagi sehingga jam 7:00 malam. Semasa lawatan, pelawat perlu mematuhi pelbagai peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Rumah Terbalik tersebut sepeti tidak mengambil gambar semasa di dalam rumah terbalik tersebut, tidak memegang mana-mana barangan perhiasan di dalam rumah terbalik tersebut, dan tidak menyentuh atau berada di bawah kenderaan terbalik yang dipamerkan.

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan
- Bergambar di luar kawasan Rumah Terbalik termasuk garaj dan tandas yang juga dibina dalam keadaan terbalik.
- Mendapat 15 minit masa percuma untuk masuk ke dalam rumah terbalik tersebut bagi melihat keunikan semua peralatan yang dibina dalam keadaan terbalik.
- Menjamu selera pada harga berpatutan di restoran bersebelahan Rumah Terbalik ini iaitu Mango Garden Restauran.
- Membeli barangan kraftangan tempatan, keychain dan baju "The Upside Down House of Borneo" di sebuah gift shop yang dibuka berhampiran.
Diatas merupakan peta yang menunjukkan lokasi Rumah Terbalik Borneo. Jika anda lihat pada peta di atas, destinasi perjalanan yang diletak adalah Stesen Minyak Shell Telibong. Ini kerana Rumah Terbalik Borneo belum ditandakan di dalam peta Google Maps. Tetapi peta di atas masih tepat kerana Rumah Terbalik Borneo terletak berhampiran Stesen Minyak Shell Tersebut.
Tiket Masuk
Bagi yang ingin melawat rumah terbalik ini, setiap seorang akan dikenakan tiket masuk mengikut harga yang telah ditetapkan.
Dewasa (Pelancong Asing) : RM18
Dewasa (Warganegara Malaysia) : RM10
Kanak-kanak : RM5
Kanak-kanak (Bawah 3 Tahun) : Percuma
(Berkuatkuasa sejak 1 April 2015, semua harga akan dikenakan GST sebanyak 6%)
Untuk maklumat lanjut boleh lah melawati alamat website utama pihak pengurus rumah terbalik tersebut di www.upsidedownhouse.com.my
Waktu Lawatan
Rumah Terbalik Borneo dibuka setiap hari termasuk cuti umum iaitu bermula dari Jam 7:00 pagi sehingga jam 7:00 malam. Semasa lawatan, pelawat perlu mematuhi pelbagai peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Rumah Terbalik tersebut sepeti tidak mengambil gambar semasa di dalam rumah terbalik tersebut, tidak memegang mana-mana barangan perhiasan di dalam rumah terbalik tersebut, dan tidak menyentuh atau berada di bawah kenderaan terbalik yang dipamerkan.
Comments
Post a Comment